MY HOBBIES
BOLA JARING
![]() |
| Pasukan Bola Jaring (KRK) |
Seperti
yang anda lihat di atas, ini adalah team bola jaring saya. Kami semua mewakili
kolej kami sendiri iaitu Kolej Rahim Kajai (KRK) dalam Sukan Universiti
Kebangsaan Malaysia (SUKEM). Walaupun kami kalah di peringkat awal, kami tetap
berasa bangga dapat mewakili dan mengharumkan nama kolej kami. Permainan bola
jaring ini juga menyebabkan saya dapat mengenali ramai rakan baru serta
menambah pengalaman dalam sukan bola jaring. Selain itu, badan saya juga akan
cergas dan otak saya cerdas. Di dalam sukan ini, saya perlu melakukan
tindakan-tindakan yang tangkas serta lasak dalam permainan ini. Hasilnya
otot-otot badan saya menjadi kuat dan pergerakan saya lebih pantas. Selain itu,
saya juga tidak mudah berasa lesu atau penat. Ini membantu saya sentiasa cergas
semasa belajar di sekolah atau semasa mengulang kaji pelajaran.
MEMBACA NOVEL
Hobi kedua saya adalah membaca novel. Dahulu
saya sering membaca novel ketika saya berumur 17 tahun kerana tertarik dengan
jalan cerita yang dibuat oleh para penulis novel. Mulanya saya mencuba untuk
membaca salah satu novel yang bergenre cinta, dan mula dari situlah akhirnya
saya membaca banyak novel dengan genre yang berbeza-beza seperti kisah cinta
dan kisah seram. Dari cerita-cerita inilah saya mula berminat untuk membaca
lebih banyak lagi buku khususnya novel. Keingintahuan saya inilah menyebabkan
saya jadi suka membaca kerana, dengan membaca kita seperti masuk ke dunia yang
lebih luas yang penuh dengan inspirasi, imaginasi dan informasi yang belum
pernah kita ketahui sebelumnya. Khususnya, dengan membaca novel kita akan
menjadi lebih mengetahui tentang aturan-aturan dalam kesasteraan dan karya
sastera modern yang lebih bervariasi karya penulis-penulis anak bangsa.
MENYANYI
Hobi ketiga saya ialah menyanyi. Saya suka
menyanyi kerana melodi lagu itu sendiri sedap didengar. Saya menyanyi setiap
hari dan boleh bernyanyi dimana saja saya berada. Saya menyanyi di dalam tandas
ketika saya sedang mandi, di luar apabila bersama rakan-rakan saya. Saya dan
rakan-rakan baik saya sangat sukakan karaoke. Kami menyanyikan pelbagai genre
lagu seperti tradisional, balada, pop dan sebagainya. Hobi menyanyi ini mampu
membuatkan saya gembira dan berasa tenang. Saya selalu menyanyikan lagu pelbagai
bahasa seperti bahasa melayu, bahasa Indonesia, bahasa inggeris, dan juga
bahasa korea. Saya ingin memasuki kelas vokal sehingga saya mampu
mempertingkatkan lagi mutu suara saya.

.jpeg)

Comments
Post a Comment