ABOUT UKM

MY FAVOURITE PLACES IN UKM


PUSANIKA


Pusanika UKM merupakan bangunan empat tingkat berkeluasan fizikal 164,641 kakipersegi dan bertindak sebagai pusat kemudahan utama di UKM. Selain menempatkan ruang pejabat bagi Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan persatuan-persatuan yang bernaung di bawahnya, pusanika turut menyediakan kemudahan seperti pejabat pos, bank, kedai buku, kafetaria, kedai runcit, mesin ATM dan sebagainya. Antara mesin ATM yang disediakan di Pusanika adalah mesin ATM Bank Islam, CIMB, dan MAYBANK. Pusanika sering dijadikan tempat untuk menganjurkan program-program atau jualan seperti Minggu Pengenalan Persatuan, PC Fair, promosi buku, dan pelbagai aktiviti anjuran pelajar. Terdapat kedai-kedai yang menarik di Pusanika seperti Tealive, Zus Coffee, Teppanyaki, Emart 24, speedmart dan banyak lagi. Saya amat menyukai Pusanika kerana terdapat pelbagai kemudahan untuk saya dan juga orang lain.


TEPPANYAKI


EMART 24


99 SPEEDMART



PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG (PTSL)

PTSL merupakan perpustakaan akademik yang menyediakan keperluan sumber maklumat kepada warga UKM. PTSL juga merupakan kebanggaan UKM apabila diiktiraf sebagai perpustaakan terbesar di Asia Tenggara dengan memiliki 4 cabang perpustakaan yang lain serta mempunyai sistem-sistem berteknologi yang canggih. Memiliki lebih dari 1,873,051 koleksi (sehingga 2009) dan 30,600 jurnal elektronik, PTSL turut mempunyai aplikasi dalam talian (online) yang baik di mana mahasiswa/i dapat meminjam buku langsung dari kawasan luar perpustakaan serta menyemak tarikh pulang buku, jumlah hutang dan sebagainya, semuanya secara online. Selain kemudahan yang lengkap, suasana pembelajaran di PTSL sangat kondusif dan sesuai untuk pelbagai cara pembelajaran dan pengajaran. Terdapat juga bilik perbincangan serta bilik khas yang kedap bunyi khas untuk aktiviti-aktiviti perbincangan dalam kumpulan agar tidak mengganggu pengunjung lain. Malah, PTSL turut menyediakan perkhidmatan meminjam dan memulang buku secara elektronik.



COURT DI UKM

Ini merupakan salah satu court yang berada di UKM yang pelajar pelajar UKM selalu manfaatkan. Bukan sahaja pelajar UKM sahaja boleh gunakan, malah orang awam juga boleh gunakan court tersebut. Di sinilah, saya dan team saya training bola jaring setiap petang. Saya amat gembira apabila saya boleh berjumpa dengan team saya semasa training kerana mereka adalah rakan yang baik, pemberi semangat, dan tidak pernah letih untuk membetulkan kesilapan saya semasa training. Saya berharap kita boleh menjadi satu pasukan lagi pada masa akan datang. 







Comments

Popular posts from this blog

ABOUT FEP

ABOUT ME