Posts

ABOUT FEP

Image
FACILITIES IN FEP Sebelum saya memasuki UKM, pilihan saya ialah untuk masuk ke Fakulti Ekonomi Pengurusan dalam jurusan pentadbiran perniagaan. Hal ini demikian kerana saya minat tentang perniagaan dan ingin mendapatkan pengalaman serta belajar perkara baharu. Ternyata, saya bersyukur kerana saya tidak salah membuat pilihan.   PANAS EKSPRESS Panas Express ialah rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang terkenal yang berpangkalan di Malaysia. Ia terkenal dengan barisan produk kemudahannya yang luas, termasuk makanan dan minuman, makanan ringan, barangan rumah dan keperluan lain. Kedai ini biasanya menjual pelbagai jenis produk, seperti makanan yang baru disediakan, makanan ringan, minuman, aiskrim dan juga barangan runcit asas. Panas Express terkenal dengan hidangan sedia untuk dimakan dan ambil dan pergi. Antaranya ialah kotak bento, sandwich, ramen, dan pelbagai minuman panas dan sejuk. Pelajar FEP kini mendapati lebih mudah untuk mendapatkan makanan di kawasan FEP. Sangat mudah...

MY FEELS

Image
Menjadi pelajar FEP merupakan pengalaman yang menarik. Apabila saya memasuki Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP), saya merasakan suasana yang meriah kerana saya boleh menerokai bidang perniagaan, ekonomi dan pengurusan. Hal ini mampu memberi saya tenaga untuk mempertimbangkan bagaimana saya boleh memperoleh kebolehan dan maklumat berguna yang akan mempengaruhi profesion masa depan saya. Terdapat banyak kemungkinan rangkaian yang tersedia untuk saya sebagai pelajar FEP UKM. Menjalinkan hubungan dengan pengajar, rakan sebaya dan pakar perniagaan adalah sama pentingnya dengan hanya bergantung pada teks dan kuliah. Untuk kerjaya masa depan saya, ini menyedarkan saya betapa pentingnya membina rangkaian profesional yang kukuh.   my with my roommate my with my FEP friend Pada masa yang sama, saya tidak dapat menahan rasa gementar. Kerja kursus dan jangkaan akademik sudah pasti lebih sukar daripada apa yang saya temui dalam kehidupan sekolah menengah dan diploma. Kemerdekaan baru dalam ...

ABOUT UKM

Image
MY FAVOURITE PLACES IN UKM PUSANIKA Pusanika UKM merupakan bangunan empat tingkat berkeluasan fizikal 164,641 kaki persegi dan bertindak sebagai pusat kemudahan utama di UKM. Selain menempatkan ruang pejabat bagi Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan persatuan-persatuan yang bernaung di bawahnya, pusanika turut menyediakan kemudahan seperti pejabat pos, bank, kedai buku, kafetaria, kedai runcit, mesin ATM dan sebagainya.  A ntara mesin ATM yang disediakan di Pusanika adalah mesin ATM Bank Islam, CIMB, dan MAYBANK. Pusanika sering dijadikan tempat untuk menganjurkan program-program atau jualan seperti Minggu Pengenalan Persatuan, PC Fair, promosi buku, dan pelbagai aktiviti anjuran pelajar. Terdapat kedai-kedai yang menarik di Pusanika seperti Tealive, Zus Coffee, Teppanyaki, Emart 24, speedmart dan banyak lagi. Saya amat menyukai Pusanika kerana terdapat pelbagai kemudahan untuk saya dan juga orang lain. TEPPANYAKI EMART 24 99 SPEEDMART PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG (PTSL) PTSL merupakan...

MY HOBBIES

Image
BOLA JARING Pasukan Bola Jaring (KRK) Seperti yang anda lihat di atas, ini adalah team bola jaring saya. Kami semua mewakili kolej kami sendiri iaitu Kolej Rahim Kajai (KRK) dalam Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM). Walaupun kami kalah di peringkat awal, kami tetap berasa bangga dapat mewakili dan mengharumkan nama kolej kami. Permainan bola jaring ini juga menyebabkan saya dapat mengenali ramai rakan baru serta menambah pengalaman dalam sukan bola jaring. Selain itu, badan saya juga akan cergas dan otak saya cerdas. Di dalam sukan ini, saya perlu melakukan tindakan-tindakan yang tangkas serta lasak dalam permainan ini. Hasilnya otot-otot badan saya menjadi kuat dan pergerakan saya lebih pantas. Selain itu, saya juga tidak mudah berasa lesu atau penat. Ini membantu saya sentiasa cergas semasa belajar di sekolah atau semasa mengulang kaji pelajaran. MEMBACA NOVEL Hobi kedua saya adalah membaca novel. Dahulu saya sering membaca novel ketika saya berumur 17 tahun kerana tertarik...

ABOUT ME

Image
Hi assalamualaikum! Nama diberi  Nur Adlina binti Azhar  dan boleh sahaja panggil saya dina. Saya berasal dari negeri  Selangor  dan sekarang menetap di jalan reko kajang. Saya lahir pada tanggal  26 Julai 2002  di Hospital Putrajaya dan kini saya berumur  21 tahun . Saya lulusan dari Kolej Poly-Tech MARA Bangi pada tahun 2022 dalam jurusan diploma business management. Kini saya meneruskan pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan sarjana muda pentadbiran perniagaan. Saya memilih UKM ini kerana universiti ini merupakan antara universiti yang terunggul di Malaysia. Selain itu, Universiti ini berdekatan dengan rumah saya, jadi mudah untuk saya jikalau terjadi apa-apa sebarang kecemasan. Sebelum saya melanjutkan pelajaran saya di UKM, saya dulu pernah kerja di banyak tempat. Sebagai contoh, saya pernah menjadi cashier, kerja di cafe as barista dan kerja di bahagian production which is packing barang. Saya bertukar-tukar kerja kerana...