ABOUT FEP
FACILITIES IN FEP
Sebelum saya memasuki UKM, pilihan saya ialah untuk masuk ke Fakulti Ekonomi Pengurusan dalam jurusan pentadbiran perniagaan. Hal ini demikian kerana saya minat tentang perniagaan dan ingin mendapatkan pengalaman serta belajar perkara baharu. Ternyata, saya bersyukur kerana saya tidak salah membuat pilihan.
Panas Express ialah rangkaian kedai
serbaneka antarabangsa yang terkenal yang berpangkalan di Malaysia. Ia terkenal
dengan barisan produk kemudahannya yang luas, termasuk makanan dan minuman,
makanan ringan, barangan rumah dan keperluan lain. Kedai ini biasanya menjual
pelbagai jenis produk, seperti makanan yang baru disediakan, makanan ringan,
minuman, aiskrim dan juga barangan runcit asas. Panas Express terkenal dengan
hidangan sedia untuk dimakan dan ambil dan pergi. Antaranya ialah kotak bento, sandwich, ramen,
dan pelbagai minuman panas dan sejuk. Pelajar FEP kini
mendapati lebih mudah untuk mendapatkan makanan di kawasan FEP. Sangat mudah untuk saya
membeli-belah di sana kerana mereka mempunyai pilihan makanan yang hebat.
Budi
café ini merupakan salah satu facilities kiosk makanan yang berada di FEP. Ramai
pelajar yang membeli di sini kerana harganya yang berpatutan serta makanannya
yang lumayan sedap. Bagi saya, makanan kegemaran saya di sini ialah kerabu
maggi dan milo frappe. Selain itu, kiosk budi café ini menjual pelbagai lagi
juadah makanan dan minuman seperti waffle, jagung, air fruity, nasi berlauk,
sushi, tauhu bergedil, dan banyak lagi. Pekerja-pekerjanya pun amat ramah dan
mesra bersama pelajar yang membeli di kiosk mereka. Makanan di kiosk mereka
selalu habis pada pukul 5 petang macamtu. Ini membuktikan bahawa makanan di
kedai mereka sangat sedap dan mengikut citarasa pelanggan dan pelajar.
Di FEP, terdapat 5 dewan kuliah yang agak besar dan ini adalah satu dewan kuliah yang saya rakamkan iaitu dewan kuliah 4. Di sinilah tempat kami menimba ilmu setiap subjek. Dewan-dewan ini sangat selesa dan teratur susunanya. Kemudahan yang berada di dewan sangat berguna untuk pelajar seperti meja, kerusi, aircond yang sangat function dan banyak lagi. Saya amat menyukai dewan dewan yang disediakan di FEP kerana ianya amat selesa dan amat berguna buat saya. Selain itu, mic pun disediakan untuk lecturer bagi memudahkan urusan lecturer untuk mengajar.





Comments
Post a Comment