ABOUT ME

Hi assalamualaikum!



Nama diberi Nur Adlina binti Azhar dan boleh sahaja panggil saya dina. Saya berasal dari negeri Selangor dan sekarang menetap di jalan reko kajang. Saya lahir pada tanggal 26 Julai 2002 di Hospital Putrajaya dan kini saya berumur 21 tahun. Saya lulusan dari Kolej Poly-Tech MARA Bangi pada tahun 2022 dalam jurusan diploma business management. Kini saya meneruskan pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan sarjana muda pentadbiran perniagaan. Saya memilih UKM ini kerana universiti ini merupakan antara universiti yang terunggul di Malaysia. Selain itu, Universiti ini berdekatan dengan rumah saya, jadi mudah untuk saya jikalau terjadi apa-apa sebarang kecemasan.

Sebelum saya melanjutkan pelajaran saya di UKM, saya dulu pernah kerja di banyak tempat. Sebagai contoh, saya pernah menjadi cashier, kerja di cafe as barista dan kerja di bahagian production which is packing barang. Saya bertukar-tukar kerja kerana saya ingin mencari ilmu dan pengalaman yang baharu dan berbeza. Bagi saya skill itu sendiri penting untuk kita meneruskan kehidupan. Setiap orang mempunyai matlamat tersendiri dalam kehidupan. Saya mempunyai dua matlamat iaitu matlamat jangka pendek dan panjang. Bagi matlamat jangka pendek ialah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang setiap semester. Manakala untuk jangka panjang pula ialah untuk menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan dan untuk menjaga kedua ibu bapa saya apabila saya sudah mempunyai kerjaya yang stabil.


Family day 2023

Inilah keluarga kecil kami. Saya mempunyai seorang ayah, ibu, kakak dan adik-adik saya yang tidak pernah lelah untuk menyokong, menegur, menasihati apa jua yang saya lakukan. Mereka adalah penguat semangat dan penceria hidup saya untuk saya meneruskan hidup yang penuh berliku ini. Kami sekeluarga menetap di Kajang, Selangor sejak kecil lagi. Ayah saya yang saya kagumi ini bernama Azhar bin Ramli. Beliau pernah bekerja sebagai technician di TV3 tetapi sudah pencen sewaktu umur 50. Kini beliau berumur 54 dan pekerjaannya ialah pemandu grab. Ayah saya berasal dari Terengganu.

Ibu saya yang saya sayangi ini pula bernama Siti Latifah binti Sukairi. Ibu saya muda 7 tahun dari ayah saya iaitu 47. Ibu saya berniaga kecil kecilan di rumah sejak saya berumur 2 tahun. Beliau berasal dari Sungkai, Perak. Kakak saya bernama Nur Afiqah binti Azhar. Beliau berumur 25 tahun. Beliau ialah seorang host live marketing di sebuah syarikat emas yang berada di Southville City, Dengkil. Adik saya yang pertama bernama Ahmad Fahim Adib bin Azhar. Fahim berumur 17 tahun dan akan menduduki SPM pada tahun 2023. Beliau mengambil jurusan sains stream di sekolah. Adik saya yang bongsu ini pula bernama Muhammad Hariz bin Azhar. Hariz berumur 12 tahun. Minat Hariz sejak kecil ialah bola sepak. Dia banyak mengikuti pertandingan bola sepak yang diadakan di sekolah dan juga di Bangi. 


Raya di Perak 2023


Ini adalah keluarga besar saya yang berada di Perak iaitu kampung ibu saya. Gambar ini diambil ketika hari raya tahun ini. Atuk saya bernama Sukairi. Atuk saya bekerja di ladang kelapa sawit untuk menyara hidup. Nenek saya pula bernama Asiah. Nenek saya berniaga secara kecil kecilan di rumah iaitu dengan menjual kek, rempeyek dan pelbagai lagi kuih. Ibu saya mempunyai 5 orang adik beradik termasuk ibu saya. Beliau ialah anak kedua, ibu saya mempunyai seorang kakak, seorang adik perempuan dan dua orang adik lelaki. Di kampung saya ini terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh semua kunjungi seperti Menara Condong Teluk Intan, Waterpark, Gua Tempurung dan banyak lagi. Kampung saya juga sebuah bandar dengan sejarah yang kaya dan komuniti yang berkembang maju, menjadikannya tempat yang mesra dan unik untuk didiami.


Raya di Terengganu 2020

Ini adalah keluarga besar saya yang berada di Terengganu iaitu kampung ayah saya. Arwah atuk saya bernama Ramli dan arwah nenek saya pula bernama Embat. Mereka meninggal ketika saya masih kecil lagi, tetapi saya sempat mengenali dan berjumpa dengan arwah nenek saya. Arwah banyak mengajar saya tentang solat dan ibadah. Ayah saya mempunyai 8 orang adik beradik termasuk ayah saya. Beliau ialah anak ketujuh, ayah saya mempunyai 5 orang abang, seorang kakak dan seorang adik lelaki. Di Terengganu ini terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh ramai kunjungi seperti Masjid Kristal, Pasar Payang, Masjid Terapung dan pantai pantai yang cantik. Kampung saya juga sebuah bandar dengan sejarah yang kaya dan komuniti yang berkembang maju, menjadikannya tempat yang mesra dan unik untuk didiami.


Rakan sekolah menengah

Rakan diploma

Orang-orang di dunia yang akan memberikan anda kasih sayang dan pengabdian yang sama seperti ibu bapa dan kekasih anda adalah kawan anda. Saya mempunyai bilangan kawan yang ramai termasuk rakan sekolah menengah dan rakan diploma. Rakan-rakan saya adalah orang yang saya boleh harapkan sepanjang hidup saya. Setiap kali saya memerlukan bantuan atau sokongan, kawan saya akan sentiasa ada untuk saya. Kami telah menjalani detik-detik bersama dan telah mencipta kenangan yang akan kekal sepanjang hidup saya. Kami berkomunikasi setiap hari, walaupun pada hakikatnya jarak kami ratusan batu. Kami terhubung dengan hati ke mana sahaja kami pergi dan berjaya berkumpul setiap tiga bulan sekali. Kami bercakap tentang kehidupan kami setakat ini, menghargai detik-detik nakal kami bersama, mengenang masa lalu yang indah, mengambil gambar setiap saat, dan kemudian berpisah. Saya sentiasa bersyukur mempunyai mereka dalam hidup saya.

Comments

Popular posts from this blog

ABOUT FEP

ABOUT UKM